Nak dijadikan cerita dan jodoh kepada KSTJB, malam tadi Chegu H telah sms pada saya, En.Ajid dari Johor call Chegu H bertanyakan part untuk basikal raleigh28 yang baru diperolehi dari kawanya di Melaka. Kemudian saya check dalam email KSTJB..memang ada saudara Ajid hantar email berserta dengan foto basikal yang baru diperolehinya. Kebetulan pula En.Ajid nie tinggal berdekatan dengan taman kami ( Taman Pulai Indah ). So jadi tanggungjawab kami untuk membantu beliau. Terima kasih kerana memanjangkan hobi berharga nie kepada rakan baru. Kepada rakan-rakan gerek yang lain sekiranya sudi untuk membantu sahabat kita nie sila emailkan kepada kstjb@yahoo.com kami diKSTJB nie pun tak semuanya memiliki sparepart yang berlebihan hanya cukup untuk dipakai basikal sendiri. Tahniah diucapkan kepada saudara Ajid kerana baru saja meminati bidang sepeda lama ini dan kini telah memiliki sebuah sepeda raleigh pemberian rakan dari Melaka. Kini atas usaha keras demi minat, beliau telah berjaya merestorasikan sepeda yang dulunya berwarna biru ( gambar di atas ) kepada warna hitam dan berkeadaan lebih cantik, walaupun sebahagian partnya tidak ori. Syabas ..... pelan-pelan, untuk menghasilkan sebuah basikal yang berkaedaan original semuanya memerlukan masa dan wang ringgit.

Frame basikal yang dahulunya biru
kini telah berubah warna hitam
Paparan dari sisi
Pandangan dari belakang( terima kasih kepada saudara Ajid atas kiriman gambar tersebut. )

