DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Sunday, January 1, 2012

KAYUHAN AKHIR TAHUN 2011 - TAMAN MERDEKA - BANDARAYA JOHOR BAHRU

504948474645 444342414039 383736353433 323130292827

sepeda tua johor bahru's photostream on Flickr.

31HB DISEMBER 2011 ( SABTU).
Jam 4.45 pm KBKJ bersama beberapa orang rakan sepeda dari Kelab Basikal Klasik Kota Tinggi (KBKKT) dan Kelab Basikal Klasik Benut (KBKB) telah mengadakan kayuhan penutup tahun 2011. Berupa kayuhan riadah dan perjumpaan bersama-sama rakan kelab dari Kota Tinggi dan Benut. Tiada official event pada hari tersebut. Sungguhpun penyertaan tidak begitu memberangsangkan, taktiviti tetap dijalankan sepertimana yang dirancang.

Kayuhan pada petang tersebut bermula dari Taman Merdeka dan berakhir di Pejabat Pos Besar Johor Bahru kembali semula di Taman Merdeka. Kami sempat berhenti seketika bagi menghilangkan lelah di warung bersebelahan Masjid India Johor Bahru. Sungguhpun pada hari tersebut merupakan hari hol bagi Johor, ianya bukan menjadi penghalang untuk rakan sepeda berkumpul dan melakukan kayuhan sebagai bukti cintanya mereka kepada khazanah silam ini.

KBKJ mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan dari Kota Tinggi terutamanya Tn Hj Azli kerana sudi dan sanggup bersusah payah turun ke Johor Bahru untuk bersama-sama berkayuh pada petang tersebut. Tidak ketinggalan rakan-rakan sepeda dari Benut yang membantu memeriahkan kayuhan akhir tahun berkenaan. Tidak dilupakan jrakan-rakan KBKJ johor yang dapat turut serta. Terima kasih dari KBKJ buat tuan empunya De'Bulooh Cafe yang sudi menyediakan juadah sebagai santapan kami sekambalinya kayuhan dari Pos Office ke Taman Merdeka Program petang tersebut berakhir pada jam 9.00 malam.

BILANGAN PESERTA BUKAN MENJADI UKURAN UNTUK MEMPROMOSIKAN KHAZANAH SILAM DAN MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA. Hidup Basikal Tua..

1 comment:

  1. Salam sukses buat teman-teman di Johor. Saya pecinta onthel dari Indonesia. Saya sudah 2 kali sillaturrhami ke Sungai Ayam JB. Mudah-mudah bisa kesana lagi, kalo perlu naek onthel dari jakarta, mantaaaaapppppp

    ReplyDelete