DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, August 2, 2011

SEMPENA 8TH ART FASTIVAL JOHORE

123456
789101112

SEMPENA 8TH ART FASTIVAL JOHORE, a set on Flickr.


16hb Julai 2011. KBKJ mendapat undangan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam menjayakan 8th Art Festival Johor di pekarangan Bangunan Sultan Ibrahim. KBKJ diminta untuk mengadakan pameran bersama-sama kelab Vespa dan kelab motor classic. Oleh kerana ramai diantara ahli kelab KBKJ mempunyai urusan dan hal-hal yang tidak mengizinkan untuk turut serta, hanya 5 buah basikal sahaja yang dapat kami bawa bagi tujuan tersebut.(undangan yang kami perolehi juga agak suntuk)

Sungguhpun hanya 5 buah basikal sahaja yang dapat kami sediakan pada hari tersebut, namun sambutan dari para pengunjung yang hadir diperkarangan Bukit Timbalan amat menggalakan untu mencuba menaiki basikal tua. Pengisian Pameran Basikal Tua akan menjadi pengisian utama dalam Karnival tersebut pada masa akan datang.

Bagi mereka ianya suatu pengalaman yang baru, dan sebelumnya mereka tidak pernah berpeluang menaiki basikal tua yang sebelum ini menjadi tunggangan nenek atau atok mereka suatu ketika dahulu. Itulah diantara keunikan yang terdapat pada sepede tua dimasa kini.

No comments:

Post a Comment