DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, May 4, 2011

MASIH LAGI KTM2011

Salam Hormat untuk semua.

Bahang KTM masih lagi terasa, perbualan biasa masih tidak boleh lari dari kenangan KAYUHAN TEROWONG MASA. Tambahan saban hari di dada FB dan akhbar masih terdapat berita dan gambar-gambar yang diuploadkan oleh rakan-rakan sepeda. Setiap kali menatap gambar2 pelbagai ragam pasti terbayang kenangan KTM.

Tetapi objektif sebenar KTM bukan saja hanya sekadar untuk berkayuh beramai-ramai sahaja. Dengan perjumpaan dan aktiviti sedemikian hubungan persaudaraan dapat diakrabkan. Tambahan dengan perjumpaan sebegini telah berlaku kawan lama bertemu semula, saudara sekampung yang lama tidak diketahui entah dimana dapat berjumpa kembali ( secara kebetulan ) selain berkenalan dengan sahabat dan kenalan baru. Ini diantara komen positif yang kami terima. Sudah pastinya masyarakat setempat juga dapat menumpang seronok serta bangga kerana ada kumpulan yang masih memelihara dan memulihara basikal dizaman mereka suatu ketika dahulu. Pastinya gulungan ini dapat mengimbau kembali kenangan silam mereka terutama kepada penduduk yang berstatus orang lama (otai).


Buktinya hubungan silturahim terjalin dalam KTM
dari kiri Kota Tinggi, Indonesia, Johor Bahru,
Melaka dan Negeri Sembilan
Usia dan darjat bukan ukuran.
Masih lagi berita tentang KTM di akhbar Berita Harian
Edisi Johor 4hb Mei 2011



No comments:

Post a Comment