DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, February 23, 2011

KAYUHAN PASAR KARAT JOHOR

SALAM HORMAT
17hb Feb 2011, jam 10.00pm beberapa ahli KSTJB telah mengadakan kayuhan riadah bertempat di Pasar Karat Johor Bahru. Kayuhan pada malam tersebut disertai oleh seramai 15 orang ahli yang terdiri dari keahlian baru dan lama.

Para peserta berhimpun diperkarangan Pejabat Pos Besar Johor Bahru sebelum memulakan kayuhan. KSTJB ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta terutama kepada ahli baru KSTJB seperti keluarga En.Aminuddin, keluarga En.Rahman, keluarga En.Samsuddin, keluarga En.Helme (Adik beradik beliau ) kerana sudin bersama-sama berkayuh pada malam tersebut.

Walaupun kayuhan kami agak singkat tetapi kehadiran kami di Pasar Karat tersebut cukup memberi sesuatu kelainan kepada para pengunjung dan penjaja di tempat berkenaan.

KSTJB merancang untuk mengadakan semula kayuhan di Kawasan Pasar Karat JB pada masa akan datang dengan jumlah peserta yang lebih ramai.

NOTA : Kepada mereka yang mengambil gambar sewaktu kayuhan dijalankan diminta agar emailkan gambar berkenaan ke alamat emial seperti berikut
katjb@yahoo.com untuk dimuatkan kedalam blog.





1 comment: