DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, November 8, 2010

LANJUTAN KAYUHAN TEROWONG MASA

Salam Hormat untuk semua Pengiat dan Pemilik Sepeda Tua....
Sepertimana hebahan sebelumnya, KSTJB merancang untuk menganjurkan satu kayuhan bersama semua pengiat basikal tua/klasik/antik dan dinamakan sebagai "KAYUHAN TEROWONG MASA". Setelah beberapa perjumpaan diadakan diantara AJK KSTJB, satu persetujuan telah diperolehi bahawa program tersebut akan diadakan seperti tentatif dibawah:

Lokasi Kayuhan : Bandar Pontian Johor
Tarikh : 1hb Januari 2011 ( Sabtu )
Waktu : 3.00 pm hingga 6.00 pm


Sebagai hebahan awal, KSTJB ingin menjemput semua rakan-rakan basikal tua, sepeda tua, basikal antik untuk turut serta didalam kayuhan tersebut. Jemputan secara rasmi akan diedarkan kepada semua Kelab-Kelab Basikal Antik di Malaysia dalam masa terdekat.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada nama-nama yang tertera di site menu blog ini. Kami berharap dan amat berbesar hati sekiranya rakan-rakan sepeda dapat memanjangkan hebahan ini kepada rakan-rakan kelab sepeda lain terutamanya yang tidak mempunyai blog.

"SATU JIWA SATU IMPIAN"

No comments:

Post a Comment