DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, August 25, 2009

AL KISAHNYA


Salam Hormat Untuk Semua.....
Al Kisahnya, program Saturday Night Event di Universiti Teknologi Malaysia pada 11hb Julai 2009 tidak berakhir disitu sahaja. Selang beberapa jam, penulis sibuk mengexplore blog yang mempunyai kaitan dengan sepeda dan apa jua bahan berkaitan. Terpandang didada blog Sdr Fakhrul : manjavafinearts.blogspot.com berita tentang program tersebut juga mendapat liputan Majalah Remix keluaran Sept 2009. Terima kasih kepada Man Java atas perkongsian info. Sdr Fakhrul kini merupakan ahli Sepeda Tua Johor Bahru. lepas Raya kita buat kayuhan.

Berita bergambar didalam majalah Remix

SEPEDA TUA DAN KANVAS


Salam Hormat Untuk Semua.....
Kritikan basikal tua, Rohaizat Shaari angkat pengalaman dan pemerhatian ke kanvas. Tajuk petikan akhbar didalam kolom Sastera terbitan Berita harian 21 Ogos 2009. Dalam petikannya mengenai lukisan kanvas yang bersubjekkan basikal tua, beliau mengangkat basikal sebagai bahan subjek daripada kehidupanya yang dibesarkan dalam masyarakat dan keluarga petani. Beliau menggunakan basikal tua sebagai bahan subjek untuk mewakili masyarakat petani yang sememangnya dekat dengan hati dan memuatkan kritikan sosial dalam lukisan melaluinya.Kebanyakan lukisanya mengambil latar yang hidup dan menyentuh perasaan. Sumber : Berita Harian. Pautan : http://www.metro3gallery.com/


Karya berjudul Bebanan dan Mimpi

Karya berjudul Hutang dan Racun

Apa yang ingin penulis ketengahkan disini disebalik Sepeda Tua dan Kanvas adalah nilai sebuah basikal tua pada pandangan seorang pelukis dan penulis. Terlalu banyak corak kehidupan yang dapat digambarkan melalui sebuah SEPEDA TUA.

"Melukis lebih banyak mentafsir diri dari dalam diri. Lontaran dan hayunan calitan warna itu juga membuatkan seorang pelukis begitu asyik menjalin melodrama kehidupan dikanvas." Petikan dari ANTARA MENULIS DAN MELUKIS.Karya : Architorture-cyfu.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

SALAM KEMERDEKAAN


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 52 kepada semua rakyat Malaysia walau dimana jua berada. Sesungguhnya marilah kita mengucapkan syukur kerana kita berada di dalam negara yang aman damai dan permai. Kita dapat bergerak kemana jua dengan selamat dan yang penting rakan sepeda dapat mengayuh basikal antik peninggalan silam dengan aman tanpa sebarang ganguan. Merdeka ! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Sempena menyambut Bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba, kami seluruh warga SEPEDA TUA JOHOR BAHRU ingin mengambil kesempatan disini mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada rakan-rakan basikal tua/antik di mana jua berada. Tidak ketinggalan juga kepada rakan bloggers yang sentiasa melayari blog KSTJB dan memberikan komen serta pandangan yang bernas. Semuga sepanjang Ramadhan yang mulia ini kita sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T, InsyaAllah.

LANJUTAN BERITA KAYUHAN DI MUAR

BERITA HARIAN 21hb Ogos 2009

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada sebahagia dari 62 orang peserta kayuhan 1 Malaysia, Sempena Bulan Kemerdekaan pada 16hb Ogos 2009 yang lalu di Muar Johor kerana wajah-wajah ceria mereka terpampang didada akhbar Berita Harian. Bonus diberikan kepada En.Mohd Kasim Osman dari Kelab Sepeda Antik Muar, kerana pakaian ala Jepun saudara menarik perhatian pemberita dan juga orang ramai. Kepada Sdr Ikhwan terima kasih kerana anda membantu melancarkan perjalanan program tersebut.

Kepada raka-rakan sepeda dari Melaka (KBTBB), kalian boleh download gambar berkenaan untuk dijadikan kenangan. Berita tersebut hanya disiarkan untuk Edisi Johor sahaja. Kebenaran diberikan dari kami di KSTJB kepada para bloggers basikal antik untuk memaparkan semula berita berkenaan di dalam blog kalian. Sila klik gambar untuk paparan lebih besar.

Tuesday, August 18, 2009

KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA

Perasmian Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia telah dilancarkan pada 16hb Ogos 2009 sempena program pertandingan basikal anti di Sijangkang. Idea menubuhkan Komuniti tersebut dicetuskan oleh Cikgu Wan Khairi dari Gerekers Sungai Petani dengan satu tujuan murni iaitu untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara pemilik basikal/gerek/sepeda antik diseluruh pelusuk tanahair.
Pendaftaran untuk menjadi ahli didalam komuniti tersebut telah dibuka mulai sekarang. Semua pemilik basikal antik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli, tanda sokongan kepada usaha murni ini demi memertabatkan Khazanah Malaya dari terus luput dan tidak bernilai. Kami di KSTJB mengucapkan tahniah kepada Cikgu Wan Khairi serta barisan AJKnya yang berusaha keras dalam merealisasikan sepeda lama dimata masyarakat Malaysia. Berita selanjutnya dan pendaftaran sila layari : ASAS /Anjung Sepeda Antik Sijangkang.

Sunday, August 16, 2009

KAYUH GEREK TUA KELILING KEDAH SAMBUT MERDEKA

ALOR SETAR 16 Ogos - Seorang lelaki berumur 55 tahun sanggup mengayuh 'gerek' atau basikal tua mengelilingi negeri ini demi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan di kalangan pelajar sekolah.
Abdullah Thani Ibrahim yang merupakan Penyelia Kanan Asrama Jabatan Pelajaran Kedah memulakan kayuhan merdeka secara solo kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Dia akan mengayuh sejauh 450 kilometer bermula dari Jabatan Pelajaran Kedah di Jalan Seberang Perak di sini dan dijangka berakhir Khamis ini. Berita selanjutnya :Utusan Malaysia

KAYUHAN MUAR DALAM CHINA PRESS

China Press Edisi Selatan

Muar : 16hb Ogos 2009
Seramai 62 orang berpakaian ala 50-60an dan berbasikal antik pelbagai jenama serta berbilang kaum telah membuat kejutan di Bandar Maharani Muar, dengan mengadakan program kayuhan 1 Malaysia sempena Kempen Bulan Kemerdekaan. Kayuhan bermula dari Dataran Tanjung Emas ke pusat bandar Muar dan berakhir semula di Dataran Tanjung Emas. ( kata surat khabar itu le ) tak percaya cari siapa yang boleh baca.

Kalau 1818 seperti yang tertera pada gambar Cikgu Rahim dari Batu Pahat tu...bermaksud basikal tu keluaran tahun 1818. Ligat kaki Cikgu Rahim mengayuh sepeda Penny. Tak pe cikgu gambar dah keluar paper, tampal kat sekolah pasti glamour. 62 pada gambar di tangga tu menyatakan sebahagian 62 orang peserta yang terlibat dalam kayuhan berkenaan. Tahniah kepada semua yang terlibat, pastinya ini satu pembakar semangat kepada pemilik basikal tua yang lain untuk terus melestarikan khazanah malaya. Kebenaran diberikan kepada blogers yang lain untuk download dan dihebahkan didalam blog mereka. Hanya terdapat di China Press sisipan JOHOR sahaja.

KAYUHAN 1 MALAYSIA DI MUAR JOHOR


1 Semangat, 1 Tekat, 1 Azam, 1 Matlamat, 1 Tujuan dan 1 Malaysia itulah kata-kata yang terhembur dari beberapa peserta Kayuhan Bandar Muar pada 16hb Ogos 2009. Saat yang dinanti oleh pemilik basikal tua dari Melaka, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru akhirnya kunjung tiba.
Tepat jam 9.30 pagi, seperti yang dijanjikan, seramai 11 orang ahli KSTJB mula bergerak menuju ke Dataran Tanjung Emas Muar Johor untuk menyertai program Kayuhan Sempena Bulan Kemerdekaan anjuran bersama KBTBB dan KBTM. Setelah berehat seketika di hentian Macap akhirnya kami tiba di Dataran Tanjung Emas, Muar pada jam 12.30 tengahari.

Seorang demi seorang peserta kayuhan tiba dilokasi permulaan. Basikal kesayangan dilabuhkan dari kenderaan tanda kayuhan akan bermula. Seramai 62 orang peserta turut mengambil bahagian dalam kayuhan 1 Malaysia pada petang tersebut. Seramai 21 orang dari KBTBB, 11 orang dari KSTJB dan 30 orang dari KBTM serta KBKBP. Acara pada petang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Kadir (pengerusi KBTM) dan seterusnya ucapan perasmian dan flag off dari YB ADUN Muar pada jam 2.45 petang.

Konvoi kayuhan melalui Jalan Maharani, Jalan Bentayan dan Jalan Abdullah dengan diiringi oleh pasukan Polis Trafik Daerah Muar. Konvoi berhenti sebentar di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Bangunan Sultan Ibrahih Muar serta mercu tanda di Bandar Muar sambil merakamkan gambar kenangan. Kayuhan berakhir di Dataran Tanjung Emas jam 3.20 petang. Program pada petang tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil dan cnderahati oleh Yang Berhormat dan disusuli bacaan selawat dan salam tanda perpisahan.

Bonus kepada pihak penganjur terutama KBTM dan KBTBB atas penganjuran kayuhan yang besar dan cukup bermakna bagi pengemar sepeda tua. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi KBTM, Sdr Karim (Setiausaha KBTM) dan saudara Ikhwan (KBTBB/BM) yang bertindak selaku "mastermind" sepanjang kayuhan tersebut. Ucapan terimakasih juga ditujukan kepada Anggota Polis Trafik yang bertungkus lumus mengawal lalu lintas sepanjang kayuhan dijalankan. Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli KSTJB yang turut serta dalam kayuhan berkenaan. Semuga kayuhan sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. KAYUHAN MUAR TETAP BEST!!!!.
Note :- Foto program kayuhan akan diupdatekan kemudian.... Terima kasih kepada Tia and Goreng Pisang, Basikal Malaya serta Sdr Ajid atas sumbangan gambar program berkenaan.

Tuesday, August 11, 2009

BAHANG KAYUHAN BANDAR MUAR


Salam Hormat.......
Kesan dari bahang kemeriahan dan keseronokan yang bakal dirasai pada Program Kayuhan 1 Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan di Muar membuatkan KSTJB mengadakan pertemuan antara ahli yang akan menyertainya pada malam kelmarin. Perjumpaan pada malam tersebut merupakan pertemuan kali kedua. Kataputus telah diperolehi dan beberapa orang ahli KSTJB akan turut serta didalam program anjuran KBTBB dan KBKM pada 16hb Ogos nanti. Isyaallah kami akan turut menjayakan dan merasai sendiri kemeriahan program berkenaan. Terima kasih kepada ahli KSTJB yang sudi untuk turut serta dan tahniah kepada para penganjur.

Tuesday, August 4, 2009

HEBAHAN PERTANDINGAN SEPEDA KLASIK ANJURAN ANJUNG SEPEDA ANTIK SIJANGKANG 16HB OGOS 2009

Satu Pertandingan Sepeda Klasik anjuran Kelab Sukan Medan Bakti dengan kerjasama Anjung Sepeda Antik Sijangkang akan diadakan pada :-
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Padang Awam,Waja Kohoku,Telok Panglima Garang,Selangor

Kategori yang dipertandingankan adalah :-
Kategori Sepeda 24",26" dan 28"
Kategori Sepeda Lengkung
Kategori Sepeda Chopper
Kategori Sepeda Khas

Semua borang pendaftaran boleh di hantar semasa hari pertandingan mulai pukul 8.00 pagi. Setiap penyertaan akan disertakan dengan sijil penyertaan. Untuk maklumat lanjut dan borang pendaftaran boleh hubungi:
Cik Eton :- 0132721662 atau; Download Borang disini.

Monday, August 3, 2009

HEBAHAN KAYUHAN BANDAR MAHARANI MUAR PADA 16HB OGOS 2009

Salam Kemerdekaan buat semua sahabat-sahabat basikal tua seluruh negara. Bersempena dengan bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 ini, KBTBB, KBKM (Kelab Basikal Klasik Muar), KSTJB (Kelab Sepeda Tua Johor Bahru) dan KBKBP (Kelab Basikal Klasik Batu Pahat) akan mengadakan 1 acara kayuhan di ambang kemerdekaan pada 16hb Ogos 2009 ini bertempat di Bandar Muar, Johor.

Justeru itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua sahabat basikal tua/sepeda/gerek untuk bersama-sama memeriahkan acara kayuhan pada hari tersebut.KBKM selaku tuan rumah telahpun merangka program dan aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Kayuhan gabungan ini dijangkakan akan menarik ramai individu dan kelab basikal klasik dari Johor dan Melaka serta lain-lain negeri dan mengalu-alukan kedatangan mereka untuk sama-sama menjayakannya.

Pihak penganjur juga berharap kayuhan gabungan ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menghayati bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 disamping mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan.KBTBB selaku rakan penganjur akan memaklumkan dari masa ke semasa mengenai maklumat terperinci acara kayuhan gabungan ini. - Sekian untuk makluman.
Hebahan asal KBTBB Melaka.

TENTATIF PROGRAM KAYUHAN MUAR

Tarikh
: 16hb Ogos 2009
Masa : 2.00 pm - 6.30 pm
Tempat bermula : Dataran Tanjung Mas ( Flag Off 2.00 pm )
Laluan : Jalan Maharani 1 - Jambatan Muar - Jalan Bentayan - Jalan Abdullah -
Jalan Majidi - Dataran Tanjung Mas
Tempat Rehat : Warong Topong
Tempat Berakhir : Dataran Tanjung Mas, Muar ( Majlis penutup dan penyampaian sijil )