
Justeru itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua sahabat basikal tua/sepeda/gerek untuk bersama-sama memeriahkan acara kayuhan pada hari tersebut.KBKM selaku tuan rumah telahpun merangka program dan aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Kayuhan gabungan ini dijangkakan akan menarik ramai individu dan kelab basikal klasik dari Johor dan Melaka serta lain-lain negeri dan mengalu-alukan kedatangan mereka untuk sama-sama menjayakannya.
Pihak penganjur juga berharap kayuhan gabungan ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menghayati bulan dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 52 disamping mengimbau kembali sejarah Kemerdekaan.KBTBB selaku rakan penganjur akan memaklumkan dari masa ke semasa mengenai maklumat terperinci acara kayuhan gabungan ini. - Sekian untuk makluman. Hebahan asal KBTBB Melaka.
TENTATIF PROGRAM KAYUHAN MUAR
Tarikh : 16hb Ogos 2009
Masa : 2.00 pm - 6.30 pm
Tempat bermula : Dataran Tanjung Mas ( Flag Off 2.00 pm )
Laluan : Jalan Maharani 1 - Jambatan Muar - Jalan Bentayan - Jalan Abdullah -
Jalan Majidi - Dataran Tanjung Mas
Tempat Rehat : Warong Topong
Tempat Berakhir : Dataran Tanjung Mas, Muar ( Majlis penutup dan penyampaian sijil )
No comments:
Post a Comment