DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, February 18, 2009

Bicycle Parts..

Salam Hormat untuk semua..

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan basikal antik terutama kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi unik ini. ( macam saya ). Pastinya banyak istilah pada basikal yang tidak diketahui lagi. Anggap ianya sebagai perkongsian yang terlalu kecil untuk segelintir penggemar basikal antik ini. Manual yang saya kongsikan ini khusus untuk basikal Hercules tetapi ianya hampir serupa dengan basikal yang lain. Manual ini dikeluarkan oleh Hercules & Motor Co. Ltd Birmingham England pada tahun 1960's. Selamat Belajar



Untuk paparan yang lebih baik dan mempelajari part yang lain sila klik ke mari belajar

Monday, February 16, 2009

Bagaimana Dan Dimana Untuk Meminyakkan Basikal..!

Salam hormat semua...

Memiliki basikal antik yang cantik dan selesa bila ditunggangi adalah matlamat setiap pemilik basikal antik. Masa senggang pada hujung minggu sentiasa diperuntukkan untuk kerja-kerja menyelenggara basikal kesayangan. Pelbagai kaedah digunakan bagi memastikan basikal kesayangan berada dalam keadaan cantik dan menawan. Ada yang melakukan kerja-kerja mengecat semula, mengilat, menggosok dan tidak kurang yang meminyakkan bahagian yang perlu pada sesebuah basikal.

Tapi tahukah kita bila, dimana dan bagaimana untuk kita meminyakkan komponen basikal dengan cara yang betul dan praktikal. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi info yang dikeluarkan oleh Syarikat Hercules Motor Co.Ltd Birmingham England. Manual ini dikhususkan untuk basikal Hercules tetapi pada pendapat saya ianya hampir serupa untuk basikal berjenama lain. Manual ini dikeluarkan pada tahun 1960's dan mempunyai 16 halaman.

Mungkin bagi sesetengah penggemar basikal antik kaedah ini adalah perkara kecil dan pastinya setiap orang akan tahu. Tetapi kita harus ingat ada dikalangan penggemar basikal antik ini merupakan orang baru dan perlukan pendedahan sebegini. Anda juga boleh berkongsi pandangan dan pengalaman melalui komen yang tersedia dan KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih.

Dapatkan paparan lebih jelas : klik disini

Tuesday, February 10, 2009

Siapa Yang Punya !!!

Menotomy Vintage Bicycles
Here are the years that Raleigh took over various 3-speed companies.
Humber 1932
Rudge-Whitworth 1943
Triumph 1954
BSA 1957
Phillips 1960
Hercules 1960
Dating Your Raleigh 3-speed Bicycle If your bicycle has a Sturmey-Archer hub (c1903-1990s), it should have on the hub a date of manufacture, which wouldnormally also be the cycle's date of manufacture. It may also be possible to date your bicycle from its framenumber which on early models is usually located underneaththe seat lug, under the saddle. This only applies to a genuine Raleigh, not to other makes. The list below willhelp with dating your Raleigh bicycle from the frame numbers, but is not a definitive list, it simply notes occasionalframe numbers that coincide with certain years of manufacture.

Raleigh Bicycles 1888-1925

From frame number located under saddle Prior to 1925, genuine Raleighs (not necessarily brand namesmade by Raleigh) had a straight forward numerical frame number. Early years have been estimated by the Company.

1888 1500, 1907 183073, 1899 54032, 1918 592473, 1889 3200, 1908 215650, 1898 45981, 1917 569737, 1890 5200, 1909 249081, 1900 65152, 1919 621678, 1891 7600, 1910 285669, 1900 69868, 1920 654502, 1892 10500, 1911 328748, 1902 89622, 1922 738447, 1893 13900, 1912 375693, 1903 102954, 1923 809184, 1894 19100, 1913 427829, 1904 112673, 1924 899465, 1895 25300, 1914 482851, 1905 129228, 1925 998077, 1896 32100, 1915 517198, 1906 154917, 1897 39913, 1916 545198

Raleigh Bicycles 1925-Second War

Between 1925 and the cessation of cycle production during theSecond World War, letters prefixed or suffixed the running frame number although no indication is given of the starting point of the numbers. They seem to reflect only thenumber of machines produced whilst each letter was in use. All dating would therefore be approximate.

1925 A1, 1925 B34181, 1926/27 B56536, 1929 E15693, 1930 G94785, 1933 L84682, 1934 T93945, 1934 U14540, 1935 W71147, 1936 W93161, 1937 Y184552

Raleigh Bicycles Post Second War - 1966

After the war, Raleigh began adding letters after therunning number series which restarted when a new letterwas used.

1947 437689P, 1948 556894P, 1949 695051P, 1951 151179T, 1952 236530T, 1953 367369T, 1954 566722T, 1955 747951T, 1956 852312, T1957 872584T

A new numbering system was introduced in 1955, though thisran concurrently with the old one for two years. The newsystem involved a second running letter, added to the first,which began at the start of the alphabet.

1956 23839A, 1957 27227AB, 1958 17910AD, 1960 27273AE, 1961 13126AF, 1965/6 40814 FD, 1966 64521FE

Nottinghamshire Archives, 1994,Compiled by "Jim B." of New Hampshire. *Nota : KSTJB sekadar ingin berkongsi maklumat bersama peminat basikal antik yang lain.

Monday, February 9, 2009

Basikal Acaii Jawe

Salam hormat..untuk penggemar basikal antik semuanya dan terutama saudara Acaii Jawe. Saya cukup tertarik dengan cerita yang digarap oleh saudara Acai Jawe tentang basikal tuanya yang juga merupakan kepunyaan ayahnya suatu ketika dahulu. Menurut ceritanya basikal ini dibeli oleh ayah beliau pada tahun 70an, ketika itu saudara Acai masih belum dilahirkan lagi. Dia tetap berbangga memiliki basikal tua sebegini kerana banyak nostalgia yang menjadi kenangan peribadinya. Basikal tua tersebut mendapat tempat di ruang fotopage miliknya. Keizinan kami pohon dari saudara Acai Jawe untuk memaparkan basikal kenangannya didalam blog KSTJB. Keunikan basikal itu sendiri dan teknik paparan yang digunakan oleh saudara Acai Jawe membuatkan saya terpanggil untuk memaparkan basikal kepunyaanya disini.

Pautan ke fotopage Saudara Acai Jawe
Kami sentiasa mencari cerita-cerita berkenaan basikal antik untuk dikongsikan bersama umum

Sekiranya diamati pada Crank seperti basikal Raleigh

Cukup Klasik

Seni Khazanah Silam

Wednesday, February 4, 2009

Tahniah!!.. Kelab Basikal Klasik Batu Berendam

Tahniah Kelab Basikal Klasik Batu Berendam.....kami di KSTJB tumpang seronok dan gembira kerana usaha-usaha para pencita sepeda dan khazanah sejarah berusaha untuk melestarikan peninggalan zaman lampau untuk tatapan umum tentang betapa bernilai dan berharganya nilai sejarah khazanah lama diwaktu kini. Usaha-usaha sebegini perlu diperluaskan supaya generasi masa kini tahu dan faham terhadap menghargai warisan zaman. Kami di KSTJB memohon izin kepada semua warga KBKBB terutamanya Saudara Ikhwan dan Puan Azwa bagi memaparkan artikel berkenaan didalam blog kami.Tahniah sekali lagi kepada KBKBB dan terus melestarikan khazanah Malaya.
Berita selanjutnya sila ke Berita Kosmo 5hb Januari 2009



Tahniah Mr. Alias Omar

Sunday, February 1, 2009

Sepeda Rakan KSTJB

Salam hormat untuk gerekers semua....
Pada kesempatan kali ini saya ingin memaparkan koleksi salah seorang rakan KSTJB yang telah lama berkecimpung didalam pemburuan sepeda lama dan juga barang antik lain. Gambar sepeda beliau saya rakamkan pada suatu petang ketika saya menujai sepeda lama bersama isteri dan anak-anak, terlintas untuk singgah dirumah beliau. Malangnya ketika itu beliau tiada dirumah, hanya isteri dan anak-anak beliau sahaja. Saya teruskan niat untuk kerumahnya dan saya pasti beliau tidak akan marah apabila koleksinya disiarkan didalam blog ini.
Rakan KSTJB ini mempunyai 5 buah sepeda lama yang kesemuanya berkeadaan asal (ori) tetapi sebuah raleigh sport telah dijual kepada seorang rakan juga ahli KSTJB. Kini dalam simpanannya hanya 4 buah sepeda lama iaitu Raleigh 28,Rudge sport, Humber dan Hooper Special yang masih belum sempat direstore semula. Kesemua sepeda milik beliau berkeadaan asal dan memiliki part yang original dan ketiga-tiga sepeda beliau dipasang dengan rim lidah yang kini menjadi buruan pencinta sepeda. Kepada saudara Rasidi saya mohon maaf kerana tidak meminta kebenaran.....tetapi.....ketika keluar saja dari gate rumah beliau, empunya sepeda tiba dan selesailah masaalah hutang saya tidak memaklumkan kepadanya. Terima kasih diucapkan kepada saudara Rasidi atas perkongsian ini.
Dianatara koleksi sepeda
saudara Rasidi
khazanah Malaya tetap
terpelihara

Sepeda Rudge

pandangan sisi
Emblem Rudge

pandangan belakang sepeda Rudge

Raleigh 28

Lampu Karbite

pandangan belakang Raleigh

Sepeda Humber

pandangan belakang
sepeda Humber

Crank ,peti rantai dan
paddle Humber

Trigger

Sepeda Hooper dalam
proses pembikinan

Emblem Hooper ( maaf kurang jelas )

Rim Lidah