DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Monday, February 16, 2009

Bagaimana Dan Dimana Untuk Meminyakkan Basikal..!

Salam hormat semua...

Memiliki basikal antik yang cantik dan selesa bila ditunggangi adalah matlamat setiap pemilik basikal antik. Masa senggang pada hujung minggu sentiasa diperuntukkan untuk kerja-kerja menyelenggara basikal kesayangan. Pelbagai kaedah digunakan bagi memastikan basikal kesayangan berada dalam keadaan cantik dan menawan. Ada yang melakukan kerja-kerja mengecat semula, mengilat, menggosok dan tidak kurang yang meminyakkan bahagian yang perlu pada sesebuah basikal.

Tapi tahukah kita bila, dimana dan bagaimana untuk kita meminyakkan komponen basikal dengan cara yang betul dan praktikal. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi info yang dikeluarkan oleh Syarikat Hercules Motor Co.Ltd Birmingham England. Manual ini dikhususkan untuk basikal Hercules tetapi pada pendapat saya ianya hampir serupa untuk basikal berjenama lain. Manual ini dikeluarkan pada tahun 1960's dan mempunyai 16 halaman.

Mungkin bagi sesetengah penggemar basikal antik kaedah ini adalah perkara kecil dan pastinya setiap orang akan tahu. Tetapi kita harus ingat ada dikalangan penggemar basikal antik ini merupakan orang baru dan perlukan pendedahan sebegini. Anda juga boleh berkongsi pandangan dan pengalaman melalui komen yang tersedia dan KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih.

Dapatkan paparan lebih jelas : klik disini

1 comment:

  1. Tahniah,KSTJB
    Perkongsian bahan sebegini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan menanamkan lagi minat kepada mereka yang mula berjinak-jinak dengan hobi ini.Dengan cara begini dapatlah kita mempelajari lebih banyak lagi cara pengendalian sepeda yang betul.

    Sekian,
    Terima Kasih.

    ReplyDelete