DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, January 27, 2009

segak bergaya bersama sepeda tua

Salam hormat untuk gerekers,onthelis semua.

Sambil bersembang dengan rakan-rakan sekerja di Cafeteria tentang pelancaran MPV Proton terbaru, saya terpandang gambar yang terdapat didalam majalah sisipan Utusan Malaysia "estidotmy" keluaran hari ini bertarikh 28 Jan 2009. Bagi saya gambar tersebut lebih menarik dari topik yang disembangkan. Mula le saya mendapat ejekan dari rakan-rakan yang tidak sealiran dengan minat terhadap sepeda lama, tapi itu bukan pembakar semangat untuk saya meneruskan minat sehadap sepeda tua. Apa nak buat, minat seseorang tak sama, tak gitu !!! sabar jer le. Dalam slot tersebut dinyatakan tentang fakta keujudan basikal dan sedikit tentang apa itu basikal ( fizikalnya ). Pastinya rakan-rakan sepeda sedia maklum dengan fakta yang diberikan. Tetapi apa yang menariknya adalah sepeda itu sendiri... cukup mulus...dan cukup cantik. sapa punya basikal ler agaknya dan siapa empunya diri yang cukup segak memperagakan uniform anggota polis pada era tersebut sambil menunggang sepeda lama. Tahniah kepada empunya diri dan sepeda berkenaan. Tahniah juga kepada estidotmy.

petikan estidotmy
Untuk makluman para penggemar sepeda,gerek,basikal antik, gambar tersebut adalah En.Salim dari Kelab Sepeda Taiping tetapi kini beliau telah kembali ketanah tumpah darahnya di Muar. Beliau merupakan seorang yang hardcore dalam bidang sepeda, pengalaman yang diperolehi cukup mendalam dan mempunyai banyak koleksi sepeda seketika dulu. Dimaklumkan beliau masih lgi bergerak aktif dalam bidang sepeda antik. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zaidan dari Kelab Sepeda Taiping diatas pengesahan yang diberikan dan juga Saudara MK dari KSTKPB atas maklumat yang diberikan kepada wakil KSTJB. Sekiranya terdapat percanggahan dalam info berkenaan, diharapkan para gerekers dapat menghubungi pihak KSTJB bagi tujuan pembetulan dan penambahan info.Syabas diucapkan kepada En.Salim.

Wednesday, January 21, 2009

Sepeda Rakan KSTJB

Salam hormat untuk semua
Ruangan kali ini saya ingin memaparkan koleksi rakan sepeda ahli KSTJB. Koleksi kepunyaanya merupakan sebuah sepeda Raleigh Rajah dan Sepeda Hercules. Dari pengamatan saya sepeda Raleigh rajah tersebut mempunyai part original. Manakala Sepeda Hercules hanya sebahagiannya sahaja yang ori, menurut pemilik Hercules beliau sedang mencari part yang ori ( made in England ) untuk di restore semula... pelan..pelan katanya. Tahun pembuatan tidak dapat dipastikan kerana telah dicat keseluruhan body ( sayang nak di kikis ) tapi pastinya barang lama tu. Semuga kemunculanya dapat dijadikan tatapan para penggemar dan rakan-rakan sepeda .

Seiring sehaluan

Sepeda Hercules 28 Terdapat huruf A pada siri No

Pandangan dari satu sisi

Merk Hercules
Font size

Garangnya

Ada cop orang tua

Raleigh Rajah 28

Pandangan dari sudut berbeza

Brake Hub SA depan dan belakang

Merk Raleigh


Bell Lucas ( King Of The Road )

Brook saddle

Monday, January 19, 2009

Koleksi Rakan Batu Pahat

Selamat sejahtera untuk semua penggemar sepeda....
KSTJB telah menerima kiriman email dari seorang rakan sepeda. Didalam email beliau telah disertakan foto koleksi beberapa buah sepeda kenalan beliau yang menetap di Batu Pahat "otai Batu Bahat" la nie agaknya. Tetapi penggirim tidak menyatakan jenama sepeda tersebut dan foto yang diambil juga hanya memaparkan pandangan dari satu view sahaja. KSTJB bertanggung jawab untuk menyiarkan kiriman sahabat kita itu. Diharapkan penggirim atau pemilik sepeda tersebut dapat menggirimkan maklumat berkenaan untuk dikongsikan bersama atau pun harcore sepeda yang lain telah lebih maklum, lihat saja sepeda dah tahu apa jenamanya. Ada sepeda keluaran terawal ( tayar depan besar ) lagi tu.... tapi jangan terkejut, perhatikan betul-betul. KSTJB mengucapkan terima kasih kepada penggirim dan pemilik koleksi sepeda kerana sudi untuk berkongsi sama khazanah malaya untuk tatapan umum.

longgokan sepeda dahulu dan kini
bang ! yang galang dua tu
nak juai pada moderator kot
alamak sepeda apa tu
Koleksi yang cukup mantap

Salah satu koleksi beliau

Tuesday, January 13, 2009

Wittler Special

Seorang rakan baru KSTJB telah mengirimkan gambar sebuah sepeda yang baru saya dengar merknya iaitu wittler ( wittler special ) mungkin saya tak arif lagi tentang merk sepeda yang masih ada peninggalanya. Pengirim tidak menyatakan ia buatan mana dan tahun berapa ia dikeluarkan. Menurut pengirim ia kepunyaan abangnya. Pihak KSTJB akan menghantar pasukan perisik untuk membuat tinjauan, atau pun para pengemar sepeda lama juga boleh berkongsikan pendapat tentang sepeda Wittler Special nie. KSTJB mengucapkan terima kasih kepada Saudara Ajid dan juga para penggemar sepeda yang ingin berkongsi sama maklumat mengenainya.

Merk Wittler Special

Pandangan Sisi

Wednesday, January 7, 2009

Kenalan Baru

Nak dijadikan cerita dan jodoh kepada KSTJB, malam tadi Chegu H telah sms pada saya, En.Ajid dari Johor call Chegu H bertanyakan part untuk basikal raleigh28 yang baru diperolehi dari kawanya di Melaka. Kemudian saya check dalam email KSTJB..memang ada saudara Ajid hantar email berserta dengan foto basikal yang baru diperolehinya. Kebetulan pula En.Ajid nie tinggal berdekatan dengan taman kami ( Taman Pulai Indah ). So jadi tanggungjawab kami untuk membantu beliau. Terima kasih kerana memanjangkan hobi berharga nie kepada rakan baru. Kepada rakan-rakan gerek yang lain sekiranya sudi untuk membantu sahabat kita nie sila emailkan kepada kstjb@yahoo.com kami diKSTJB nie pun tak semuanya memiliki sparepart yang berlebihan hanya cukup untuk dipakai basikal sendiri.

Tahniah diucapkan kepada saudara Ajid kerana baru saja meminati bidang sepeda lama ini dan kini telah memiliki sebuah sepeda raleigh pemberian rakan dari Melaka. Kini atas usaha keras demi minat, beliau telah berjaya merestorasikan sepeda yang dulunya berwarna biru ( gambar di atas ) kepada warna hitam dan berkeadaan lebih cantik, walaupun sebahagian partnya tidak ori. Syabas ..... pelan-pelan, untuk menghasilkan sebuah basikal yang berkaedaan original semuanya memerlukan masa dan wang ringgit.


Frame basikal yang dahulunya biru
kini telah berubah warna hitam

Paparan dari sisi

Pandangan dari belakang
( terima kasih kepada saudara Ajid atas kiriman gambar tersebut. )