DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Thursday, October 29, 2009

LUSUH TAPI BERNILAI

Salam Hormat untuk semua...
Sekali pandang kelihatan seperti barang buangan yang tiada nilai baginya. Layak untuk dilupus atau dijual kepada pembeli besi buruk. Tetapi itu mungkin tanggapan sesetengah pihak yang tiada menaruh minat terhadap hobi basikal tua.
Bagi mereka yang telah jatuh cinta terhadap hobi mencari dan mengumpul basikal tua, ianya suatu yang cukup bernilai dan perlu dihargai. Apatah lagi sekiranya besi buruk tersebut adalah kerangka sebuah basikal BSA. BSA merupakan jenama basikal yang menjadi buruan para peminat basikal tua. Bagi mereka ianya menjadi satu kebanggaan andaikata dapat memiliki sebuah basikal tua berjenama BSA.

Menurut pemilik, rangka basikal tersebut adalah pemberian dari seorang sahabat karib. Pada awalnya beliau tidak pasti ianya berjenama apa. Tetapi setelah diperiksa bersama-sama rakan lain yang lebih lama berkecimpung dengan hobi ini, ianya merupakan basikal dari Jenama BSA dan mempunyai no pendaftaran 7259 keluaran sekitar tahun 1938.

Kepada pemilik "Besi Buruk" diharap bersabar dan berusaha keras untuk memertabatkan kembali basikal tersebut seperti keadaan asal. Memang agak sukar untuk memperbaiki dan meengkapkanya kembali. Perlu ada kesabaran, usaha yang tinggi , pengorbanan masa dan wang ringgit. Pastinya anda akan merasai kepuasan yang maksimum apabila dapat mengambalikan semula basikal tersebut kepada keadaan asal. Kepada Sdr Ajid, KSTJB mengucapkan tahniah kerana memiliki rangka basikal dari jenama BSA keluaran 1938. Doa kami semuga saudara berusaha keras kearah memertabatkan kembali besi lusuh tersebut.



5 comments:

  1. Salam KBTJB,
    Barang lusuh bole diperbaharui dengan teknik yg betul. Mula mula cuci besi yg berkarat dgn air kelapa setelah dikikis kepingan karat supaya semuanya tanggal. cara cuci karat besi dgn air kelapa ni kawan belajo dari cara org dulu dulu cuci mata keris... pastu digosok ngan limau nipis (bhg limau nipis ni boleh skip sbb limau nipis mahal)setelah dibiarkan kering, sembur dgn WD40. Mana mana bhgn besi yg berlubang boleh ditampal dgn filler kereta yg berwarna merah (ada dijual dikedai hardware yg agak besar) bukan yg kelabu (filler kelabu untuk final touch up untuk melicinkan permukaan). masa filler merah hampir nak kering, gosok ngan kertas pasir. bila filler tu dah kering susah nak gosok... keras macam besi. filler dibiarkan kering selama 24jam jika hari panas. kalau hari hujan cam skarang ni kena la biar dia kering selama 48jam. pastu bole la sembur cat. selamat mencuba petua org tua tua dari cyfu. hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam buat KSTJB,

    Mengenai jenis/jenama frame yg disiarkan mungkin pelbagai andaian dah hipotesis dibuat melalui kajian dan pengalaman masing-masing dilontarkan dan diutarakan, segalanya berkemungkinan betul dan salah, maknanya hanya pemilik asal basikal yang mengetahui jenis/jenama asalnya. Mungkin apa yang dilihat digambar tidak sama seperti pengalaman melihat frame sebenar kerana frame buatan 30an sememangnya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Apatah lagi tiada sebarang kesan stiker atau merk yang ditinggalkan. Mungkinkah BSA? Phillips? Hercules? Segalanya berkemungkinan :) Saya x pernah lihat dengan mata sendiri New Hudson dan Phillips tahun 30an yang ada ditemui di tanah melayu, mohon dikongsikan dan diperjelaskan infonya

    Sila lihat :-

    BSA Roadster 1930an
    http://oldbike.wordpress.com/1930-approx-bsa-gents-roadster/

    Hercules Gent’s Roadster
    http://oldbike.wordpress.com/1929-hercules-popular-23%e2%80%b3-gent%e2%80%99s-roadster/

    Phillips???
    Tiada maklumat diperolehi

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Cyfu...
    Perkongsian ilmu menghilangkan karat pada besi lusuh yang cukup berguna terutama kepada pemiik-pemilik sepeda tua yang pastinya berhadapan dengan masaalah berkenaan. Kepada saudara Ajid, penulis sarankan supaya mencuba petua yang dikongsikan bersama dari Mr.Cyfu. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  4. Melihat kom pengancing dudukan lampu sepertinya frame ini adalah frame Fongers.
    Sebagai pembanding bisa lihat di:
    http://sepeda.wordpress.com/2009/11/09/fongers-bb65/#more-6654

    salam
    www.onthelklaten.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih masmet OK atas komen dan pandangan dari tuan.

    Salam dari
    Sepeda Tua Johor Bahru

    ReplyDelete