DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Thursday, August 20, 2009

LANJUTAN BERITA KAYUHAN DI MUAR

BERITA HARIAN 21hb Ogos 2009

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada sebahagia dari 62 orang peserta kayuhan 1 Malaysia, Sempena Bulan Kemerdekaan pada 16hb Ogos 2009 yang lalu di Muar Johor kerana wajah-wajah ceria mereka terpampang didada akhbar Berita Harian. Bonus diberikan kepada En.Mohd Kasim Osman dari Kelab Sepeda Antik Muar, kerana pakaian ala Jepun saudara menarik perhatian pemberita dan juga orang ramai. Kepada Sdr Ikhwan terima kasih kerana anda membantu melancarkan perjalanan program tersebut.

Kepada raka-rakan sepeda dari Melaka (KBTBB), kalian boleh download gambar berkenaan untuk dijadikan kenangan. Berita tersebut hanya disiarkan untuk Edisi Johor sahaja. Kebenaran diberikan dari kami di KSTJB kepada para bloggers basikal antik untuk memaparkan semula berita berkenaan di dalam blog kalian. Sila klik gambar untuk paparan lebih besar.

1 comment:

  1. Terima kasih Sdr. Mofti. Sewajarnya kita sama-sama berkongsi paparan ini bukan sahaja di kalangan ahli-ahli dan kelab basikal tetapi seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia. Semua boleh tengok dan rasa kemeriahannya. Tahniah kepada semua 62 pejuang dan pembela basikal tua di Muar!

    Talk Less Do More and Walk The Talk :)

    ReplyDelete