DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, August 18, 2009

KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA

Perasmian Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia telah dilancarkan pada 16hb Ogos 2009 sempena program pertandingan basikal anti di Sijangkang. Idea menubuhkan Komuniti tersebut dicetuskan oleh Cikgu Wan Khairi dari Gerekers Sungai Petani dengan satu tujuan murni iaitu untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara pemilik basikal/gerek/sepeda antik diseluruh pelusuk tanahair.
Pendaftaran untuk menjadi ahli didalam komuniti tersebut telah dibuka mulai sekarang. Semua pemilik basikal antik dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli, tanda sokongan kepada usaha murni ini demi memertabatkan Khazanah Malaya dari terus luput dan tidak bernilai. Kami di KSTJB mengucapkan tahniah kepada Cikgu Wan Khairi serta barisan AJKnya yang berusaha keras dalam merealisasikan sepeda lama dimata masyarakat Malaysia. Berita selanjutnya dan pendaftaran sila layari : ASAS /Anjung Sepeda Antik Sijangkang.

9 comments:

  1. Sdr Mofti,
    Terima kasih memberi sokongan padu. ASAS sedaya upaya ingin membantu KPBKM mengumpulkan data/maklumat pemilik basikal/sepeda/gerek klasik/antik seluruh Malaysia supaya khazanah tersebut tidak pupus begitu sahaja. Keunikan, keindahan, keseniannya bukan cuma dipandang tetapi perlu dikaji. Terima kasih, berilah galakkan kepada semua ahli KSTJB untuk mendaftar secara sukarela.

    ReplyDelete
  2. Tak de masaalah ASAS,untuk kebaikan bersama tiada salahnya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat mofti dan ahli KSTJB kerana menyokong usaha yang murni ini...

    ReplyDelete
  4. Ok KST.Tak menjadi masalah, kami sedia membantu mana yang termampu. TK

    ReplyDelete
  5. RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR

    #salah ke kita bertanya?

    #jika kita bertanya cara baik,apa salah nya jawab dengan baik?

    #salah ke kita tanya dahulu baru masuk join komuniti?

    #ada sesetengah ahli komuniti,bila ditanya dia mula melenting nak marah kenapa?

    #ada pula ahli komuniti berkata (kau tak layak ambil tau,sebab kau bukan ahli)salah ke kita nak tahu dulu?

    #adakah masuk komuniti dulu baru dapat tau siapa ketua dan ahli juatan kuasa?

    #bila kita bertanya siapa AJK,ada pula ahli komuniti panas dan mula nak jumpa?

    #jika kelab itu besar dan memanggil org masuk join komuniti,kenapa tak keluar kan dalam blok nama2 AJK?

    #atau pun AJK belum dilantik tapi kelab dah tubuh?

    #atau Ahli tak ada dan masih mencari?

    #unit besar dah keluar logo pada basikal,tetapi bila bayar kemana duit itu pergi?

    #orang akan pertikai mana duit tu pergi sedangkan tak ada pun bendahari?

    #GB dah hantar komen dan ada pula ahli komuniti kata komen tu untuk ahli?

    #jika tak boleh komen dan beri pendapat tak perlu ada bahagian komen?

    #GB dah komen kali pertama,bila 2 3 hari lepas tu,GB hantar komen lagi tetapi di sekat kenapa?

    #setahu GB dah ada ahli komuniti senarai hitam GB?

    #GB tak cari masaalah pada sesiapa,kenapa ada ahli komuniti sakit hati?

    +-+-+SOALAN SAYA AGAK PANAS DI BACA,TETAPI ITU ADALAH HAKIKAT+-+-+-

    apa2 persoalan dan pertanyaan sila hantar email ke

    gbpenjelajah@gmail.com

    ReplyDelete
  6. MAAF JIKA SAYA KOMEN PADA BLOK LAIN,TETAPI DIBAHAGIAN KOMUNITI.

    SAYA DAH KOMEN PADA KOMUNITI TETAPI DAH DI SENARAI HITAM.HANYA DIBAHAGIAN INI AJE PELUANG SAYA.

    MAAF SEKALI LAGI PADA KSTJB KERANA SAYA TELAH GUNA BAHAGIAN BLOK ANDA.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. SEHINGGA SEKARANG TIADA AHLI KOMUNITI YG DAPAT JAWAP SOALAN Mr GB.INI BERMAKNA PIHAK KOMUNITI SESEOLAH TIDAK MELAYAN SEBARANG KOMEN.BARU-BARU NIE JUGA Mr GB ADA CUBA MENGHANTAR KOMEN TETAPI DI SEKAT,KENAPA PERKARA INI BERLAKU....ADAKAH PIHAK KOMUNITI TIDAK ADA JAWAPAN BAGI SOALAN2 Mr GB.

    ReplyDelete
  9. Mr. GB,

    Saya juga bersimpati dan berasa amat kesal dengan tindakan pihak terbabit dalam perkara ini. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk melayan komentar dari Mr. GB ataupun beranggapan sdr menjadi penghalang kepada perjuangan suci mereka itu…agaknya.

    Secara peribadi saya berpendapat ada banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum sesuatu perkara atau tindakkan menubuhkan “kelab/komuniti” ini dilakukan. Akan banyak lagi kekalutan dan kekaburan yang akan dihadapi sekiranya perkara “asas” tidak diperjelaskan.

    Adakah sudah cukup perjuangan mereka ini sekadar menjual “plat basikal” tanpa menghiraukan sama ada pertubuhan ini adalah SAH disisi ROC (undang-undang Pertubuhan) atau sebaliknya? Ke mana pula “keuntungan” dan sumber kewangannya disalurkan? Pernahkah kita atau pihak-pihak yang menyokong usaha itu, bertanya dan memikirkannya?

    Adakah segala pertanyaan yang diajukan itu dianggap sebagai “penghalang” atau kita sudah “buta” untuk membezakan antara hitam dan putih? Antara yang NYATA dan TERSELINDUNG? Renung…renungkan dan selamat beramal…

    p/s : Bak kata pepatah Melayu…Rumah siap…pahat berbunyi.

    ReplyDelete