DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Thursday, July 30, 2009

KESINAMBUNGAN BASIKAL TUA DI PULAU PINANG

Salam Hormat ...
Sepertimana semua sedia maklum, pada 26hb Julai 2009 bertempat di New World Park di Georgetown, Penang telah berlangsung satu pertandingan basikal tua/klasik. Pelbagai kategori telah dipertandingkan diantaranya kategori Basikal saiz 26" 28",Basikal Lengkung, Basikal Chopper dan BSA Airbone Paratrooper. Tidak ketinggalan juga pertandingan bagi kategori kostume terbaik.

KSTJB ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah kepada para pemenang dalam pertandingan tersebut. Begitu juga tahniah kepada MR.GB kerana mendapat liputan meluas dari pehak penganjur sepanjang pertandingan tersebut berlangsung. Setiap kerja yang baik akan diingat dan dikenang oleh masyarakat. Syabas GB. Untuk melihat berita selanjutnya sila klik The Star Online 30hb Julai.


Tuesday, July 21, 2009

BASIKAL TUA KELILING SEMENANJUNG

KSTJB ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Sdr Nor Izam (GB) kerana berjaya dalam kayuhan dan seterusnya mendapat liputan beberapa akhbar tentang kayuhan beliau. KSTJB ingin berkongsi sama dengan rakan-rakan sepeda yang lain tentang liputan akhbar Kosmo hari ini ( 22hb Julai 2009 ) berkenaan kayuhan Basikal Tua Keliling Semenanjung.

ALOR SETAR - Usah diperkecil keupayaan basikal tua untuk menempuh perjalanan jauh.

Ini kerana kemampuannya sudah dibuktikan oleh Nor Izam Abd. Latif, 27, yang mengayuh basikal buatan tahun 60-an itu ke seluruh Semenanjung dengan perjalanan lebih 2,500 kilometer (km). Nor Izam memulakan kayuhan di Batu Gajah, Ipoh pada 1 Julai lalu dan semalam berada di bandar raya ini setelah mengharungi tiga minggu perjalanan yang dijadual berakhir di lokasi sama Khamis ini. Menurutnya, aktiviti itu merupakan Kayuhan Sepeda Tua Jelajah Semenanjung dalam usaha mempromosi basikal tua di kalangan masyarakat.

"Saya pernah bermimpi seorang lelaki membisikkan kepada saya, boleh kayuh lagi jauh. Sejak itu saya berazam untuk mencuba dan ia hampir berjaya," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Sepanjang tiga minggu kayuhan, Nor Izam singgah di Slim River, Petaling Jaya, Nilai, Batu Berendam, Batu Pahat, Johor Bahru, Endau, Pekan, Chukai dan Dungun, Machang, Lenggong, Changkat Jering, Nibong Tebal, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Kangar.
Tahniah sekali lagi dari kami di KSTJB khusus untuk Mr.GB dan rakan-rakan sepeda yang turut membantu beliau di sepanjang kayuhannya. Sila klik di gambar untuk ke berita KOSMO.

Sunday, July 12, 2009

SEPEDA TUA DI GIANT TAMPOI



Salam Hormat..

Vespa dan Lambretta merupakan motorsikal yang menjadi kegilaan dan buruan muda-mudi pada era tahun 60 an. Sesiapa yang memilikinya pada ketika itu dianggap sebagai pemuda bertuah dan menjadi gilaan golongan pemudi di mana-mana jua. Cukup klasik bila mereka menunggang vespa/lambretta bersama busana kebaya bagi pemudi dan baju kotak-kotak berseluar "yengki" dan berjambul bagi pemuda.

Tanggal 12 Julai 2009 bertempat di perkarangan Hypermarket Giant Cawangan Tampoi telah diadakan satu pertandingan Vespa dan Lambretta anjuran bersama Giant Tampoi dan Kelab Vespa Johor. Turut dianjurkan pada hari tersebut adalah pameran Motosikal Antik dan juga motorsikal berkuasa tinggi. KSTJB tidak ketinggalan menerima jemputan buat pertama kalinya dalam pertandingan dan pameran tersebut. Tiada pertandingan bagi kategori basikal tua hanya sekadar mempromosikan khazanah sepeda tua kepada orang ramai. Ianya merupakan satu penghormatan kepada kami di KSTJB.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Hj Osman bin Hj Sapian, ADUN Kempas, Johor dan sejurus itu beliau meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan para peserta pertandingan dan pameran. Y.Bhg Dato' sempat untuk mencuba salah sebuah sepeda kepunyaan ahli KSTJB. Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang kenangan lampau beliau dizaman persekolahan dan zaman remaja yang menggunakan sepeda sebagai tungganganya. Penulis teruja dengan deretan classic bikes terutama dari jenama BSA, terdetik dihati kecil untuk memilikinya suatu masa nanti. Fughhh......

Walaupun tiada pertandingan untuk sepeda tua tetapi salah seorang ahli KSTJB telah terpilih untuk menerima hadiah dari penaja bagi kategori Busana Retro 60 an. KSTJB ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur (Kelab Vespa Johor dan Giant Tampoi ) kerana menjemput kami dalam karnival tersebut. Ternyata sepeda tua masih dapat menambat minat orang ramai yang menyaksikan pameran tersebut. Pihak penganjur telah menunjukkan minat untuk melibatkan KSTJB dalam program-program mereka yang akan datang.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli KSTJB yang sudi berkorban masa dan turut serta dalam pameran yang diadakan. Tidak lupa untuk Mr. Cyfu dari

architorture-cyfu.blogspot yang turut bersama kami walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat dan urusan yang banyak pada hari tersebut. Tabikk spring cyfu.........

Sila klik DISINI untuk melihat gambar-gambar dalam paparan yang lebih jelas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

  • Mofti : 012-7650920
  • Burn : 019-7170060
  • Ajid : 017-7585179
  • Mr.Cyfu : 019-7717318 ( Cameramen )

SEPEDA TUA , SENI DAN ALAM


Salam Hormat..

Tanggal 11hb Julai 2009 Sepeda Tua Johor Bahru mendapat jemputan dari Pejabat Hal Ehwal Koprat Canseleri UTM Skudai bagi memeriahkan Program "Saturday Night Event" yang turut mengundang Kumpulan Kopratasa. Aktiviti malam tersebut bertemakan Seni,Alam dan Kemanusian. KSTJB diminta mengenakan Busana Baju Melayu bagi menonjolkan keaslian bersama sepeda tua.

Kami cukup teruja dengan keperhatinan pihak penganjur yang melihat sepeda tua sebagai satu karya seni yang boleh diketengahkan dan dipertontonkan kepada masyarakat kampus khususnya. Kesenian dan keunikan yang ada pada sepeda tua sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada tema Seni,Alam dan Kemanusian pada malam tersebut. KSTJB pastinya tidak melepaskan peluang yang ada didepan mata untuk mengabdikan kenangan bergambar bersama kumpulan Kopratasa sejurus selesai membuat persembahan. KSTJB ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Canseleri UTM selaku penganjur Saturday Night Event kerana sudi menjemput kami untuk turut serta memperkayakan Kesenian dan Kemanusian pada malam tersebut.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan KSTJB kerana sudi meluangkan masa senggang mereka untuk turut serta dalam program berkenaan. Terima kasih tak terhingga juga kami rakamkan kepada Mr.Cyfu dari Architorture-cyfu.blogspot.com kerana tidak jemu merakam gambar kami setiap kali kami mengadakan aktiviti bersepeda. Semuga Allah membalas jasa baik tuan. Sila klik DISINI untuk melihat koleksi gambar dengan lebih jelas.

Tuesday, July 7, 2009

MR.GB DI JOHOR BAHRU

Salam Hormat...
Sepertimana yang dijanjikan dan dirancang oleh pemuda "GAGAH BERANI" (GB) atau nama sebenarnya Nor Izam bin Abd Latif telah selamat tiba di perkarangan Pejabat Pos Johor Bahru tepat pada jam 9.02 malam. Kemuncak kayuhan Mr.GB ke Johor Bahru telah diiringi oleh dua buah kereta ahli KSTJB. Terdapat ahli KSTJB yang telah menunggu ketibaan beliau seawal jam 7.00 malam sepertimana yang dijadualkan oleh Mr.GB. Sambutan dari KSTJB hanyalah secara sederhana sahaja sebagai simbolik dan tanda penghargaan dari kami atas kejayaan beliau menamatkan kayuhan seawal jam 6.40 pagi dari Parit Sulung Batu Pahat hingga ke Johor Bahru. Tambahan pula ketibaan beliau di Johor Bahru pada hari berkerja, so ramai ahli KSTJB tidak dapat turut serta dalam meraikan ketibaan beliau. Setelah 14 jam beliau mengayuh sepeda relaigh tuanya, akhirnya terpancar keriangan dan kelegaan pada raut wajah beliau apabila berjaya menamatkan kayuhan yang paling jauh ditempuhinya sepanjang beliau memulakan kayuhan pada 1 julai lalu.

Sejurus menghilangkan penat, beliau terus ke Balai Polis Central Johor Bahru bagi mendapatkan pengesahan terhadap perjalanan untuk hari ini sambil ditemani oleh ahli KSTJB. Bagi menghormati kunjungan dan niat murni Mr.GB, kami terus membawa beliau ke Danga Bay untuk menikmati makan malam secara sederhana tetapi penuh bermakna bagi kami. Sambil menikmati makan malam, kami sempat bercerita panjang tentang perjalanan beliau dan MISI beliau seterusnya dan kayuhan mendatang. Barulah kami tahu bahawa sepanjang perjalanan jelajahan beliau sempat memberi lapuran tentang kedudukan terkini beliau didalam blog rakan-rakan sepeda. Kami menyangkakan beliau membawa komputer riba untuk berbuat demikian. Rupanya sangkaan kami melisit sama sekali. Walaupun dalam keletihan beliau rela memperuntukkan masa rehatnya untuk mencari CC bagi tujuan tersebut. Kami amat menghargai pengorbanan beliau.

Dalam asyik bercerita, kami tidak menyedari masa begitu cepat berlalu. Makan malam kami di Danga Bay berakhir pada jam 11.00 malam, sedangkan Mr.GB perlukan masa untuk berehat. Memandangkan keesokan hari Mr.GB perlu meneruskan perjalanan ke Mersing dan seterusnya ke Pahang, kami akhiri perjumpaan bersama beliau pada jam 11.30 malam. Mr.GB perlu memulakan kayuhan dari Balai Polis Central seawal pagi esok. Kami tidak dapat mempelawa beliau untuk bermalam dirumah kami kerana lokasi untuk beliau memulakan kayuhan agak jauh dari kediaman kami semua. Kami mohon kemaafan kepada Mr.GB kerana tidak dapat melayan beliau sebaik mungkin. Tapi kami pasti beliau gembira dengan sambutan kami selaku rakan seangkatan dan rakan blog. Beliau telah mengambil keputusan supaya membawanya ke mana-mana masjid atau tempat yang menjadi tumpuan warga johor pada malam tersebut. Kami yakin Mr.GB boleh membawa diri sepanjang berada di bandar Johor Bahru. Dalam kesuntukan masa, beliau masih berniat untuk mencari CC bagi melayari dan membuat lapuran terkini didalam blog. Memang fanstastik dan bombastik le Mr.GB nie. Urat dawai tulang besi betul mamat nie.

Kami akhiri perjumpaan pada malam tersebut pada jam 12.02 tgh malam dengan seribu kenangan dan kebanggaan kerana masih ada insan yang sanggup meninggalkan segala keseronokan dan keenakan dikampung halaman semata-mata untuk memertabatkan sepeda tua dimata 1 Malaysia. Syabas dan tahniah dari kami warga KSTJB.

Sekali lagi kami dari warga KSTJB memohon ampun dan maaf seandainya pertemuan singkat kami bersama Mr.GB tidak sempurna dan terdapat kekuranganya. Kami hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Untuk Mr.GB kami doakan semuga beliau terus sihat dan berjaya menamatkan MISI Jelajah Malaysia bersepeda tua. Untuk Sdr Ikhwan tahniah dan syabas kerana saudara menjadi pendorong dan mastermind perjalanan Mr.GB. Begitu juga dengan rakan-rakan sepeda yang lain teruskan memberi sokongan moral untuk Mr.GB. Sokongan dari kita semua merupakan pembakar semangat kecekalan dan ketabahan beliau. Semuga kita dapat berjumpa lagi dilain masa Mr.GB. KAMI BANGGA TERHADAP KAMU.

Monday, July 6, 2009

KAYUHAN BANDAR PONTIAN JOHOR


Salam Hormat...............

Tanggal 4hb Julai 2009 (Sabtu), tepat jam 5.30 ptg seramai 9 orang ahli KSTJB telah siap sedia untuk memulakan kayuhan ronda bandar Pontian Johor. Perancangan awal seramai 16 orang peserta terdiri dari ahli KSTJB sendiri akan turut serta dalam kayuhan tersebut tetapi oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan maka hanya 9 orang peserta sahaja menyertai kayuhan ini. Bagi kami ia merupakan jumlah yang agak besar dan kami faham dengan masalah yang dihadapi. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan KSTJB kerana sudi meluangkan masa untuk aktiviti kali ini. Kayuhan pada kali ini di iringi oleh jurugambar dari architorture-cyfu.blogspot iaitu Mr.Cyfu selaku jurugambar rasmi kami pada kayuhan petang tersebut.

Pontian menjadi pilihan kayuhan kali ini kerana terdapat beberapa deretan bangunan kedai yang masih mengekalkan konsep bangunan lama seperti di era 60'an . Beberapa peserta terpaksa menunda sepeda mereka menggunakan kereta dari Taman Pulai Perdana, Taman Pulai Indah, Kempas dan Skudai. Hanya seorang sahaja wakil tungal dari Pontian iaitu Sdr Omar. Terima kasih kepada Sdr.Omar kerana sudi turut serta dalam kayuhan kali ini. Semuga kehadiran beliau menjadi pembakar semangat penggemar sepeda tua di pontian khususnya.
Kayuhan bermula dari Taman Permainan Kanak-kanak dihadapan padang utama pontian menuju ke perhentian bas baru di Kawasan tambak ( Bandar Baru Pontian ). Kayuhan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang kayuhan kami dapati reaksi gembira dan terkejut dari orang ramai kerana melihat kelibat sepeda tua menyusuri laluan utama di Pontian. Mungkin inilah kali pertama mereka melihat sepeda tua berada dibandar Pontian secara berkumpulan. Sepanjang kayuhan Mr.Cyfu sentiasa merakam pergerakan kami hingga tamat kayuhan pada petang tersebut. Kami juga sempat memperagakan basikal masing-masing untuk dirakam oleh Mr.Cyfu.

Diakhir kayuhan kami berhenti minum di sebuah Warong Antik kepunyaan salah seorang rakan ahli KSTJB. Konsep yang ditampilkan oleh pemilik warong tersebut amat bertepatan dengan aktiviti yang kami. Walaupun kayuhan kali ini agak ringkas dan jarak kayuhan juga tidak berapa jauh tetapi secara keseluruhanya aktiviti Kayuhan Pontian ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli dan memngembalikan semula nostalgia sepeda lama kepada orang ramai yang berada di Pontian pada hari tersebut. Insyaallah kami akan membuat kayuhan yang sama pada lain kali dan disertai oleh lebih ramai lagi ahli. Kayuhan kami pada petang ini berakhir pada jam 7.45 malam.

Seluruh ahli KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr.Cyfu selaku jurugambar kayuhan kami dan juga kepada Sdr.Adik yang bertindak selaku jurupandu kepada Mr.Sifoo. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang dapat kami berikan, semuga Allah membalas segala jasabaik kalian berdua. Kepada saudara Ajid, Ambok dan ahli yang tidak dapat turut serta jangan risau, akan ada kayuhan bakal menyusul nanti. Tungguuuuuuuuu... UNTUK MELIHAT PAPARAN YANG LEBIH MENARIK SILA KLIK PADA SLIDE DIATAS.Untuk melihat koleksi fotografi Mr.Cyfu sila klik DISINI dan klik folder Sepeda Tua.