DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Sunday, May 24, 2009

Antara Dua Darjat Part 2

Salam Hormat Untuk Semua....
Minat terhadap barangan lama tidak dimiliki oleh semua orang. Hanya mereka yang mengerti akan nilai silam sesuatu barang tersebut sahaja akan menyusahkan diri untuk mendapatkanya. Setiap manusia dalam dunia ini tidak akan mempunyai perasaan puas terhadap sesuatu yang dimiliki. Mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan yang lebih. Tetapi biarlah cara kita memperolehinya dengan cara yang amat terhormat. Perpegang kepada sikit-sikit lama-lama jadi banyak ( pinjam ayat Mykyocera ) dalam usahanya mendapatkan pum tangan basikal lama.
Begitu ler halnya dengan sahabat KSTJB dalam topik kali ini. Bermula dengan sepeda tua tetapi kini telah menambah koleksi tuanya iaitu sebuah Mercedes Benz Model 115 tahun 1973. Anyway tahniah diucapkan kepada saudara Burn.... saya pasti tidak lama lagi saudara Ajid akan memilikinya. Suatu doa ni Jid. Apa yang dimuatkan disini anggaplah sebagai suatu galakan kepada rakan-rakan blog sepeda,basikal tua, dan gerek agar terus menyintai khazanah yang cukup tinggi nilai sejarahnya. LIHAT SETERUSNYA

SARAPAN PAGI


Salam Hormat untuk semua.......
Pada pagi minggu yang lalu (24hb Mei ) beberapa ahli KSTJB telah keluar berkayuh ronda-ronda pagi dan bersarapan bersama. Kayuhan hanya untuk ahli yang berkesempatan dan tinggal berhampiran dengan warong yang akan kami tuju.
Lokasi pilihan untuk bersarapan pagi adalah warung bersebelahan roundabout Kangkar Pulai. Minggu ini seramai 6 orang telah tiba ditempat yang dijanjikan. Seperti biasa, kehadiran kami menjadi perhatian pengunjung di warung tersebut. Kayuhan pagi kami hari ini agak berlainan sedikit dari kayuhan pada minggu sebelumnya. Dimana pada pagi ini kami membawa kamera bagi merakamkan beberapa babak untuk dimuatkan ke dalam blog KSTJB sebagai kenangan dan juga tatapan rakan sepeda yang lain.
Sambil pekena kopi dan teh panas kami sempat berbincang akan program yang hendak dijalan secara kecil-kecilan sebagai mengisi hujung minggu dan merapatkan hubungan sesama ahli KSTJB. Sempat juga kami melayan beberapa pertanyaan dari pengunjung warung yang bertanyakan beberapa soalan tentang sepeda yang kami miliki. Soalan yang biasa diutarakan adalah Mana Dapat ?, ada lagi ke !. Ternyata sepeda tua masih lagi diminati oleh generasi sekarang dan mereka yang pernah suatu ketika dahulu menggunakan perkhidmatan sepeda tua.. "KHAZANAH LAMA TETAP DIPELIHARA". Lihat seterusnya..................

Friday, May 22, 2009

Umpama Model

Salam Hormat untuk semua.....
Bukan hanya model jelitawan dan tampan sahaja berpeluang untuk memperagakan liuk lintuk mereka didepan kamera. Sepeda tua juga mempunyai peluang yang sama untuk memperagakan kehebatan dan keunikannya selaku khazanah Malaya yang masih digilai dan menjadi buruan kepada mereka yang tahu dan faham akan nostalgianya.
Dikesempatan ini penulis ingin berkonsi bersama dengan peminat sepeda tua beberapa koleksi sepeda kepunyaan penulis yang telah diberi peluang untuk dirakam kesegakanya oleh seorang jurugambar dari Architorture-cyfu. Sesi ini tidak dirancang secara formal tetapi hanya secara kebetulan, dimana sedang penulis dan cyfu duduk bersembang disuatu pagi, tergerak cyfu untuk mengambil beberapa post sepeda tua untuk dijadikan subjek pada hari tersebut.

Terus terang penulis mengatakan bahawa koleksi sepeda kepunyaanya hanya biasa-biasa sahaja tidak setaraf dan setanding dengan sepeda kepunyaan rakan gerek tua, basikal tua. Ibarat " ANTARA DUA DARJAT". Sekadar ingin memiliki khazanah Malaya yang tinggi nilainya.

Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Cyfu kerana sudi untuk menjadikan koleksi sepeda penulis yang tak seberapa ini menjadi subjek kepada lens kamera beliau. Cukup menarik. ( sesi dilakukan pada waktu kerja so tak dapat menjemput rakan KSTJB yang lain, maaf untuk rakanku ). LIHAT SETERUSNYA

Thursday, May 21, 2009

Antara Dua Darjat

"ANTARA DUA DARJAT" merupakan sebauh filem arahan seniman agung P.Ramlee yang masih diminati dan diikuti sehingga kini. Sebuah filem yang mengisahkan percintaan sepasang insan yang berlainan darjat dan keturunan. Banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita ciplak dari filem tersebut. Cinta itu buta. Tetapi dalam senario sepeda tua kali ini penulis ingin memapar sedikit perkongsian yang tiada kaitan dengan cinta pasangan didalam filem Antara Dua Darjat tersebut. Antara dua darjat yang dimaksudkan oleh penulis adalah pasangan kenderaan yang digunakan sebagai pengangkutan pada era sezaman pasangan diatas. Nyata kenderaan berwarna hitam di atas hanya mampu dimiliki oleh mereka yang bertaraf elit pada eranya. Manakala sepeda tua, hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan sederhana. Kini kedua-duanya menjadi koleksi dan buruan kepada insan yang benar-benar mengerti akan nilai keaslian dan nostalgia yng telah di lakarkan oleh pasangan tersebut. Lihat seterusnya.