DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Wednesday, June 24, 2009

SEPEDA TUA TETAP TERPELIHARA

Salam hormat untuk semua..............
Telah agak lama penulis tidak membuat sebarang coretan didalam blog ini. Terlintas dikepala untuk meng"explore" gambar-gambar yang ada hubung kaitnya dengan sepeda tua untuk dimuatkan didalam blog ini sekadar tatapan dan perkongsian bersama. Cara terbaik adalah mencarinya melalui internet gambar-gambar atau image sepeda yang telah dirakam oleh para peminat sepeda atau jurugambar profesional. Ternyata ianya berhasil. Bukan sahaja sepeda tua menjadi koleksi peminatnya tetapi ia juga menjadi subjek kepada jurugambar untuk mengabdikan sepeda tua tersebut sebagai koleksi fotografi mereka. Penulis mewakili KSTJB memohon izin melalui laman blog ini untuk dikongsikan bersama gambar sepeda tua yang telah dirakam oleh mereka-mereka yang berkenaan. KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih atas kebenaran yang diberikan.

Tuesday, June 9, 2009

AKHIRNYA

Salam Hormat.....
Akhirnya, impian dan keinginan salah seorang ahli KSTJB untuk turut serta memeriahkan "Program Kayuhan Biru" besama ahli KBTBB terlaksana jua. Walaupun hakikatnya beliau tidak dapat berkayuh bersama sepanjang program tersebut berjalan atas sebab urusan peribadi, tetapi beliau masih dapat memperuntukkan sedikit masa berkenalan dengan ahli KBTBB pada malam sebelumnya dan beliau juga berkesempatan untuk mengayuh salah sebuah basikal milik ahli KBTBB . Penulis difahamkan beliau diberi penghormatan untuk melakukan pelepasan tanda bermulanya Program Kayuhan Biru pada pagi tersebut.
KSTJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli KBTBB kerana sudi menerima saudara Ajid dan isteri sebagai peserta tak rasmi dan juga wakil tunggal dari KSTJB pada hari tersebut. Maklumat yang diterima oleh penulis bahawa saudara Ajid amat berpuas hati dan teruja dengan layanan yang diterimanya dari ahli KBTBB walaupun waktu yang dapat diluangkan olehnya amat terhad. Akhir sekali tahniah diucapkan kepada saudara Ajid dan isteri atas pembabitan mereka berdua. Sila klik disini untuk melihat paparan gambar sebenar.