DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Tuesday, March 31, 2009

KLINIK BASIKAL - CRANKS

Salam Hormat untuk semua.......

Topik Klinik Basikal yang ingin KSTJB ketengahkan adalah berkenaan dengan
Cranks. Ia juga dikenali sebagai "chainset". Merupakan komponen utama pada sesebuah basikal dan ianya berperanan sebagai komponen yang memindahkan pergerakan kaki pengayuh kepada pergerakan pusingan rantai bagi mengerakkan roda belakang sesebuah basikal. Cranks dipasang pada "bottom bracket" sesebuah basikal dan dimatikan denga "cotters" ( pin ) . Kebanyakan penggunaan "cotters" hanya pada basikal lama sahaja. Semakin lama usia basikal tersebut, bertambah sukar proses untuk menanggalkan "cotters" dan crank berkenaan. Crank akan ditemukan dengan "cranks arm" kemudian di matikan dengan pedal dimana pengguna akan memulakan kayuhan. Crank akan dihubungkan dengan "sprocket" belakang menggunakan rantai.


Kini terdapat pelbagai bentuk dan saiz mengikut keperluan basikal tersebut. Bahan yang dijuga untuk menghasilkan crank juga pelbagai seperti besi, aloi dan karbon. Tetapi hampir semua crank yang digunakan pada basikal yang kini menjadi buruan penggemar basikal antik diperbuat daripada besi.
Secara amnya, terdapat 2 saiz sahaja Cranks yang biasa digunakan pada basikal terawal iaitu antara tahun 1950 an hingga 1970 an iaitu cranks untuk basikal bersaiz 28 dan crank untuk basikal bersaiz 26. Hanya trademark pada cranks tersebut yang membezakan sesuatu cranks digunapakai untuk jenis-jenis basikal yang berlainan jenama.


Perbezaan crank untuk basikal bersaiz 28 dan 26

Terdapat perbezaan yang amat ketara diantara crank yang digunakan untuk basikal bersaiz 28 dan juga cran bagi basikal bersaiz 26. secara logiknya crank basikal size 28 adalah lebih besar dari crank basikal saiz 26. Selain dari saiz fizikal, ia juga boleh dibezakan dengan mengira gigi crank tersebut dan juga diameter bahagian dalam crank tersebut.


Ukuran Crank basikal bersaiz 28
Jumlah gigi = 48 no's, diameter bahagian dalam = 6 7/8"


Crank Basikal bersaiz 28 ( Rudge )


Ukuran Crank basikal bersaiz 26
Jumlah gigi = 44 no's, diameter bahagian dalam = 6 1/4"

* Untuk makluman semua tidak banyak speksifikasi yang digunakan bagi membezakan kedua-dua crank berkenaan. di lampirkan juga beberapa jenis crank mengikut jenama basikal. Bagi mendapatkan gambar-gambar koleksi crank sila layari blog nostalgia basikal tua.


Crank bagi basikal BSA

Crank basikal Humber



Crank basikal Raleigh


Crank basikal Raleigh
Bagi keluaran akan datang KSTJB akan mengetengahkan topik berkenaan dengan cara membuka, memasang crank dan juga penjagaan crank tersebut. Sekiranya terdapat kekurangan dalam penyampaian maklumat berhubung topik diatas, kerjasama dari rakan-rakan amat kami perlukan bagi penambahbaikan maklumat yang ingin disampaikan.

Tuesday, March 24, 2009

BASIKAL TUA VS TRONOH

Salam Hormat untuk semua.........

KSTJB ada menerima email dari salah seorang ahli KSTJB dan dalam email tersebut beliau menceritakan pengalaman dan perjalanan ringkas beliau ke Cenderung Balai dan Tronoh, Perak. Tujuan utama beliau ke Perak bukanlah atas tiket berkempen untuk pilihanraya tetapi atas tujuan kenduri kahwin saudara beliau disana. Beliau juga menceritakan bagaimana terujanya beliau apabila tiba dipekan tronoh dimana basikal tua masih lagi boleh didapati disegenap pekan kecil tersebut. Basikal tua masih lagi menjadi tunggangan kepada generasi orang lama disana. Rata-rata basikal tersebut telah lusuh dari segi rupabentuk tetapi masih gah untuk ditunggangi. Didinding-dinding kedai juga menjadi pilihan utama untuk mereka menyandarkan basikal tua.

Pengirim juga ada menyatakan kekecewaan beliau kerana tidak memperolehi part basikal tua dari beberapa kedai basikal di pekan berkenaan. Beliau menyatakan terdapat tiga kedai yang masih menjalankan perniagaan baik pulih basikal tua. Alasan/jawapan yang diberikan oleh pemilik kedai adalah sama dengan kedai-kedai basikal lama yang pernah dikunjungi beliau ditempat lain sebelum ini iaitu "barang lama sudah habis dikaraw orang". Mungkin inilah masaalah yang kerap dihadapi oleh peminat basikal tua yang baru berjinak-jinak dalam dunia perbasikal.

Pengirim juga ada mengirimkan beberapa keping foto untuk dikongsikan bersama peminat sepeda tua didalam ruangan BASIKAL VS TRONOH ini. Beliau juga ada mengirimkan sekeping foto basikal posmen jenis relaigh yang masih asli keadaannya. menurut beliau basikal tersebut kepunyaan biras beliau. Puas beliau pujuk dan manderam untuk memiliki basikal tersebut tetapi hampaaaa......

Akhirnya beliau menarik nafas lega bercampur terkejut kerana beliau mendapat sebuah basikal cewek humber keluaran tahun 60an ( kalau tak silap le ) dari bapak saudara beliau (free katanya ). Menurut pengirim, basikal tersebut berkeadaan lengkap tetapi hampir 6 bulan tidak dikendali oleh tuan empunya menyebabkan body basikal tersebut telah merah perang ( menunggu karat le tu ). Habis basikal tersebut ditoggelkan untuk dimasukkan didalam boot kereta. Ngam katanya. Pengirim akan mengirimkan gambar basikal tersebut untuk perkongsian bersama.

Panorama pekan Tronoh. Cukup menarik "klasik"

Perniagaan surat khabar dan majalah
konsep lama ( counter table antik tu )


Peniagaan gunting rambut style lama


Basikal tua masih dapat dilihat disekitar pekan Tronoh

Masih lagi basikal tua disana sini

Sebuah basikal Raleigh cewek

Basikal tua di kawasan pasar Pekan Tronoh


Eh... kenapa pula Marjina ada kat sini mana Kasim Baba

Basikal Posmen ( raleigh ) yang cuba di usha oleh pengirim email tetapi hampeh. Ayat dan manderem kurang power, kena belajar dengan Fuad dari GSP kot.

Wednesday, March 11, 2009

RALEIGH KELUARAN TAHUN 1950AN

Salam hormat untuk gerekers semua.....
Paparan kali ini KSTJB ingin berkongsi bersama penggemar basikal tua terutamanya mereka-mereka yang baru dan masih memburu basikal tua untuk dijadikan koleksi peribadi. Sedikit sisipan ini mungkin boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin membangunkan semula basikal tua kepada keadaan asal ketika ia dikeluarkan. Sisipan kali ini berupa beberapa basikal jenama Raleigh keluaran tahun 195oan yang barangkali masih boleh diperolehi dan boleh dibangunkan semula. Harapan kami sisipan ini mampu membantu dalam menterjemahkan hobi yang bernilai dan unik ini.

RALEIGH DAWN TOURIST MODEL 12 DAN 12L
Rangka : 21" dan 23". Rim (wheels ) : 26" berserta spokes dari besi tahan karat. Tayar: Dunlop. Gear : Sturmey Archer 3 speed ( jenis AW ). Paddle : Getah. Handle : North road boleh laras. Brakes : Raleigh jenis kapit depan dan belakang. Mudguard : Kemasan ribbed. Saddle : Brook B66 ( spring chrome ). Warna kemasan : Hitam berserta lining warna keemasan. Tambahan : Tool, toolbag, inflector dan reflector



RALEIGH POPULAR TOURIST

Rangka : 24". Rim : 28'. Tayar : Dunlop. Paddle: Getah. Handle : North Road boleh laras. Brake : Jenis kapit jenama Raleigh depan dan belakang. Mudguard : Jenis Dome. Saddle : Brook B33. Kemasan : warna hitam berserta lining warna keemasan. Tambahan lain : Tools, Toolsbag, inflector dan reflector.


RALEIGH RANGE MODEL 31 BOY, 31L GIRLS

Rangka : 17" dan 19". Rim : 22'. Tayar : Dunlop Roadstar. Pedals : Getah. Handle : North Roads. Brakes : Jenis kapit depan dan belakang. Saddle : Brooks 1.5. Peti rantai : Kayu hoki. Kemasan : Hitam berserta lining warna merah. Tambahan lain : Tool, toolbag, inflector dan reflector. warna selain hitam dikenakan tambahan nilai.



CARRIER MODEL 41

Model 22" reka bentuk terbuka untuk pelbagai kegunaan.Front Folks : Direkabentuk untuk kegunaan
tahan lasak. Rim : 26 " tahan lasak bersama stainless steel spokes. Tayar : Dunlop carrier. Saddle : Dunlop kalisair. Brake : Jenis kapit depan dan belakang. Handle : 19". Pedals : Getah 41/2". Bakul : Besi kosong 20" x 14" x 6". Kemasan : Warna hitam. Tambahan lain : Tool, Toolbags, inflactor dan reflector

Tuesday, March 10, 2009

HERCULES 1955

Salam Hormat untuk semua....

Sedikit sisipan yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada penggemar sepeda khususnya jenama HERCULES. Beberapa jenis basikal HERCULES keluaran tahun 1950 an. Diharapkan ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada pemilik basikal jenama ini yang ingin menjadikan basikal tersebut kembali seperti keadaan asalnya. Segala percanggahan yang terdapat didalam info ini diharapkan mendapat teguran dan pembetulan dari rakan-rakan sepeda yang lebih arif dan maklum kepada ilmu "perbasikalan" ini. ( Bahan rujukan dari Internet )

BoldHERCULES COURIER LADY'S


Frame : High Corbon Steel Tubing, Frame : 19", 21" dan 23" "Spra-Bonderized" sebelum dibentuk bagi tujuan tahan karat dan juga tahan lama. Sepit Udang : Solid End. Rim : 26 in x 1 2/8in, endrick rims. Tayar : Dunlop Sport. Cover Rantai : Separuh dari jenis besi. Handle : Jenis boleh dilaras. Brake : Kapit. Mudguard : Besi Jenis domed disalut chrome. Tempat duduk : Jenis spring dan disalut chrome. Paddle : Jenis getah. Warna kemasan : Olive Green,Black Enamel.




HERCULES COURIER GENT

Frame : High Corbon Steel Tubing, Frame : 19", 21" dan 23" "Spra-Bonderized" sebelum dibentuk bagi tujuan tahan karat dan juga tahan lama. Sepit Udang : Solid End. Rim : 26 in x 1 2/8in, endrick rims. Tayar : Dunlop Sport. Peti Rantai : Jenis separuh dari besi. Handle : Jenis boleh dilaras. Brake : Kapit. Mudguard : Besi Jenis domed disalut chrome. Tempat duduk : Jenis spring dan disalut chrome. Paddle : Jenis getah. Warna kemasan : Olive Green,Black Enamel.

HERCULES BALMORAL

Frame : High Corbon Steel Tubing, Frame : 19", 21" dan 23" "Spra-Bonderized" sebelum dibentuk bagi tujuan tahan karat dan juga tahan lama. Sepit Udang : Solid End Rim 28in x 1 2/8in, endrick rims. Tayar : Dunlop Roadster. Gear : Hercules 3 speed. Gearcase : Hercules. Handle : North Road. Brake : Double roller lever. Mudguard : Besi Jenis domed disalut chrome. Tempat duduk : jenis spring dan disalut chrome. Paddle : Jenis getah. Dynohub depan :Sturmey Archer jenis GH6. Sturmey Archer Dry Battery Unit. Warna kemasan : Olive Green,Black Enamel.


HERCULES WINSOR 1955

Frame : High Corbon Steel Tubing, Frame : 19", 21" dan 23" "Spra-Bonderized" sebelum dibentuk bagi tujuan tahan karat dan juga tahan lama. Sepit Udang : Solid End Rim 28in x 1 2/8in, endrick rims. Tayar : Dunlop Roadster. Gear : Hercules 3 speed. Gearcase : Hercules. Handle : Boleh diubah laras. Brake : jenis cengkam/kapit. Mudguard : Jenis domed disalut chrome. Tempat duduk : jenis spring dan disalut chrome. Paddle : Jenis getah. Dynohub depan :Sturmey Archer jenis GH6. Sturmey Archer Dry Battery Unit. Warna kemasan : Olive Green,Black Enamel.

Tuesday, March 3, 2009

Stumey-Archer Trigger Shifters -1938-1960

Salam hormat gerekers semua...

Saya amat tertarik dan terpanggil untuk bersama-sama menyumbangkan sedikit maklumat atau info yang boleh dijadikan rujukan serta panduan kepada para penggemar basikal lama di Malaysia khususnya. Saya juga menyokong penuh hasrat murni KSTKPB dan rakan-rakan lain yang ingin mengujudkan "KLINIK BASIKAL" sebagai rujukan kepada semua. Hasrat murni ini seharusnya mendapat sokongan dari semua pihak.

Buat pertamakalinya saya ingin berkongsi sedikit maklumat kepada rakan basikal antik tentang jenis-jenis Stumey Archer Trigger Shifters yang dikeluarkan sekitar tahun 1938 hingga 1960. Semuga dengan sedikit sumbangan ini ianya akan memberi manfaat yang cukup besar kepada penggemar basikal antik. Kepada hardcore basikal antik, diharapkan dapat membuat pembetulan sekiranya apa yang saya kongsikan ini mungkin tidak menepati fakta yang sebenar. Saya sudi menerima pandangan dan memperbetulkan yang silap untuk kebaikan bersama.
Model GC1: Keluaran awal tahun 1938
Digunakan untuk Sturmey-Archer K hub siri
Tiga kedudukan gear iaitu Low, N (Normal ) dan High.
Dipasang pada galang utama. Pastinya ia cukup rare sekarang nie.

Model GC3. Merupakan model trigger yang pertama dikeluarkan iaitu
sekitar tahun 1938 hingga 1948. Untuk kegunaan 3 speed atau 4 speed SA hub.
Nombor asal pembuatan 498820 dan mempunyai handle yang panjang.
Versi 4 speed tidak kelihatan pada GC4. Ia dipasang pada
kedudukan sebelah bawah besi handle.

Trigger Model GC2 direka untuk kegunaan 3 speed atau 4 speed SA hub. Pengunaanya sekitar tahun 1948 hingga 1953. Rekabentuk sentiasa berubah dari masa kesemasa. Setiap perubahan rekabentuk masih mengekalkan nama GC2 kerana komponen dalam trigger tersebut masih menggunakan komponen yang serupa. Rekabentuk trigger GC2 yang terbaru mempunyai tetingkap gear pada permukaan trigger tersebut.

Model GC2. Keluaran tahun 1948 hingga 1949.
Direkabentuk untuk 3 speed atau 4 speed hub.
Nombor asal pembuatan 498820

Model GC2: Keluaran tahun 1948 hingga 1949.
Sama seperti gambar trigger diatas. Perbezaan pada tulisan dan kemasan

Model GC2 keluaran tahun 1950 hingga 1953.
Trigger untuk 3 speed atau 4 speed. Terdapat tetingkap gear
bertanda B (base), L (low), N(normal) dan H (high).
Nombor pembuatan asal 498820. Tulisan STURMEY ARCHER
berwarna merah.

Model GC2. Keluaran tahun 1950-1953.
Keluaran trigger pada tahun berkenaan menggunakan tulisan berwarna
hitam pada perkataan STURMEY ARCHER .Tulisan pada tingkap gear (L)
Pada tahun 1953 trigger telah direka semula untuk kegunaan 3 speed atau
4 speed seperti model GC3A atau GC4A

Model BC3A. Keluaran tahun 1953 hingga 1956
Direka untuk 3 speed bersama no pembuatan asli 498820 dan nombor
pembuatan setelah dilakukan penambahbaikan ialah 649009

Model GC3A. Keluaran tahun 1953 hingga 1956.
3 speed trigger. Peralihan dari model GC2 kepada GC3A atau dari komponen yang
digunakan pada Model GC4A

Model GC3A. Keluaran tahun 1953 hingga 1956
Direka untuk 3 speed hub. Serupa dengan gambar sebelumnya tetapi
perbezaan warna sahaja dan tulisan lebih besar sedikit.
Digunakan pada basikal Raleigh keluaran 1954 dan Humber 1955.

Model GC3A. keluaran tahun 1953 hingga 1956.
Pengunaan skrew pada badan trigger yang lebih tipis.
Hampir serupa dengan model GC3B

Model GC4A. Digunakan sekitar tahun 1953 hingga 1956.
Direka untuk kegunaan 4 speed hubs
Model GC3B digunakan sekitar 1956 hingga ....
Direkabentuk untuk 3 speed hubs tanpa tingkap pada badan trigger
Terdapat nombor pembuatan

Trigger Model GC4B. Digunakan sekitar tahun 1956 hingga ...
Direkabentuk bagi kegunaan 4 speed hub dan tidak terdapat
tetingkap pada badan trigger tersebut
Trigger 3 speed yang biasa ditemui dan terdapat

Trigger 4 speed sama dengan trigger gambar sebelumnya
tetapi tidak dipasang skrew pada body trigger

Trigger yang dibuat dari plastik cover. Bentuk serupa dengan
trigger yang sebelumnya tetapi cop yang dibuat pada plastik
cover tersebut tidak kemas. Diperkenalkan pada tahun 1966
Trigger dari barangan plastik ( cover )
digunakan sekitar tahun 1970 hingga pertengahan 1971
Trigger dari plastik
Dikeluarkan pada tahun 70 an, diskrew pada body
Trigger dari barangan plastik
Diskrew terus kepada body. Dikeluarkan pada tahun 1976
Pada tahun 1950an Hercules telah mengeluarkan Sturmey-Archer Aw"Clone"
Dipaparkan SA Hercules keluaran 1958 ( FER-CU-MATIC )