DAPATKAN BORANG KEAHLIAN KSTJB DI SINI. Anda akan dihubungi oleh pihak kami untuk pengesahan
_________________________________________________________________________________________








Sunday, November 14, 2010

LALUAN KAYUHAN TEROWONG MASA

Salam Hormat Untuk Semua.......

Dari perbincangan AJK Perlaksanaan Program Kayuhan Terowong Masa, Pontian Johor, mesyuarat telah bersetuju keatas cadangan laluan yang bakal ditempuhi oleh para peserta kayuhan tersebut.

Kayuhan akan dimulakan pada jam 3.00 ptg di Padang Pontian Johor berhampiran dengan Masjid dan tepi laut (A). Kayuhan akan melalui dihadapan Balai Polis Pontian menuju ke Jalan Wan Hussien (C)dan menuju ke Jalan Sekolah Arab (D). Kayuhan diteruskan ke Jalan utama Pontian Johor menuju ke Pontian Baru (E) untuk berhenti rehat sambil menikmati pemandangan tepi pantai Pontian Johor.

Kayuhan diteruskan semula untuk membuat pusingan U di trafic light tengah bandar (F). Kayuhan diteruskan ke Jalan Taib Pontian (G,H,dan I ) dan terus menuju ke Jalan Parit Masjid dan diteruskan ke Bas Stand dan berakhir di tempat permulaan (A).

KSTJB ingin mengajak semua rakan-rakan Basikal Antik agar berdoa supaya cuaca pada waktu itu berada didalam keadaan yang baik. KSTJB sedang dalam menyiapkan borang penyertaan untuk diedarkan kepada Kelab-kelab Basikal Antik di Malaysia dalam sedikit waktu lagi.



No comments:

Post a Comment